Nuffnang Ads

Friday 9 December 2011

perjalanan saya

Assalamualaikum semua

Hari ni saya sedang berada di Johor Baru bersama isteri dan anak.Isteri saya namanya Amirah dan anak saya namanya Ahmad Raif Idlan Bin Mohd Razali dan nama saya tentu tuan puan dah boleh agak.hehe.

Saya ingin berkongsi sedikit ceritatentang perjalanan saya bersama Amirah dan Ahmad Raif ke Ho Chi Minh City untuk memulakan misi perniagaan online kami.Ho Chi Minh City sudah kali kedua kami lawati.kali pertama kami pergi bersama rombongan Cikgu Basharul Hafi.Semua ahli rombongan kami dari Melaka.

Kali ni saya bertiga sahaja.Berani berani takut jugak.Alhamdulillah semuanya selamat.cuma ada sedikit kes penipuan teksi ketika saya pulang dari Saigon Hotel ke Halo hotel di mana kami menyewa.

Ho Chi Minh City adalah sebuah bandar yang sangat sibuk.Sibuk dengan motor yang anggarannya berjumlah 5 juta buah? Bayangkan betapa sibuk bandar ini dengan motor.

TIN TIN TIN adalah bunyi yang tuan puan akan selalu dengar di Ho Chi Minh City.Mereka saling hon antara satu sama lain untuk memberi amaran supaya jangan berlanggar sesama sendiri.

Hebatnya,jarang kita lihat ada yang terlibat dengan kemalangan....hebat...hebat

                                                          pandangan dari dalam cab
Lain kali saya story lagi...kain kain kain saya paparkan tak lama lagi.tungguuuuuuu...

No comments: