Nuffnang Ads

Sunday 18 December 2011

Selendang cantik

Assalamualaikum...
Bertemu lagi.

Harini saya nak masukkan gambar gambar selendang yang mempunyai tone warna menarik.

Silalah pilih mengikut kod dan prosesnya sama.

Nak selit sikit,pelbagai selendang yang masih available di jual di kain terbaik vietnam.Tuan puan buatlah pilihan.ok...jom tengok apa yang ada...

HARGANYA LELONG LELONG...

RN15 SEHELAI

S01

S02

S03
S04
S05
S06

S07

S08


S09


S10


S11


S12


S13


S14

S15

S16



Friday 9 December 2011

kain sutera vietnam

Assalamualaikum...mari mari mari....

Perbagai jenis kain yang akan saya paparkan di dalam blog ini.
sudah semestinya yang terbaik dari Vietnam terus ke hadapan pintu rumah anda.

ada Vietnam Silk, ada Japanese Cotton, ada English Cotton, ada Sateen biasa, ada Shinfong Sateen dan yang paling HOT Cotton Silk

harganya murah murah murah.

Bila saya tawar menawar harga dengan penjual kain dari vietnam,dia cakap."CANNOT...NO ROPHIT"...

walau dia cakap NO ROPHIT pun saya cuba juga tawar dengan harga yang murah,supaya saya dapat menjual murah dengan tuan puan.

Semoga tuan puan akan berpuan hati dengan perkhidmatan saya ini.

                       kalau saya tawar menawar peniaga ni akan cakap CANNOT...NO ROPHIT...

Bye..jumpa lagi

Bagaimana membuat tempahan.

Assalamualaikum..

Berjumpa lagi kita.

Saya membayangkan pasti tuan puan yang berminat dengan pembelian online nak tahu macam mana caranya membuat tempahan.Mudah sahaja

1.Tuan puan pilih corak kain dan jenisnya mengikut kod yang akan saya berikan pada kain tersebut.

2. Hantar mesej pada saya di talian 0166981072/0166981073 untuk memberitahu kod kain yang tuan puan pilih.

3. Mesej tuan puan akan saya reply dengan mengatakan kain yang tuan pilih telah saya asingkan.

4. Buat bayaran di Maybank atau maybank2u pada number akaun 154110071143.MOHD RAZALI BIN SHAHARI

5. mesej kembali apabila bayaran telah dibuat.mesej juga alamat dimana tuan puan hendak kain itu dihantar


Saya berpegang kepada "kepuasan pelanggan adalah keutamaan".....jika kain yang tuan puan terima tidak menepati citarasa yang tuan puan inginkan,wang tuan puan akan dikembalikan setelah kain tersebut telah saya terima kembali.

alamat saya

No.3 Jalan Murni 6,
Taman Mas Merah Batu Berendam,
75350 Batu Berendam,Melaka.


                                               Ben Thanh Market.pelbagai kain berkualiti dijual
bye.

perjalanan saya

Assalamualaikum semua

Hari ni saya sedang berada di Johor Baru bersama isteri dan anak.Isteri saya namanya Amirah dan anak saya namanya Ahmad Raif Idlan Bin Mohd Razali dan nama saya tentu tuan puan dah boleh agak.hehe.

Saya ingin berkongsi sedikit ceritatentang perjalanan saya bersama Amirah dan Ahmad Raif ke Ho Chi Minh City untuk memulakan misi perniagaan online kami.Ho Chi Minh City sudah kali kedua kami lawati.kali pertama kami pergi bersama rombongan Cikgu Basharul Hafi.Semua ahli rombongan kami dari Melaka.

Kali ni saya bertiga sahaja.Berani berani takut jugak.Alhamdulillah semuanya selamat.cuma ada sedikit kes penipuan teksi ketika saya pulang dari Saigon Hotel ke Halo hotel di mana kami menyewa.

Ho Chi Minh City adalah sebuah bandar yang sangat sibuk.Sibuk dengan motor yang anggarannya berjumlah 5 juta buah? Bayangkan betapa sibuk bandar ini dengan motor.

TIN TIN TIN adalah bunyi yang tuan puan akan selalu dengar di Ho Chi Minh City.Mereka saling hon antara satu sama lain untuk memberi amaran supaya jangan berlanggar sesama sendiri.

Hebatnya,jarang kita lihat ada yang terlibat dengan kemalangan....hebat...hebat

                                                          pandangan dari dalam cab
Lain kali saya story lagi...kain kain kain saya paparkan tak lama lagi.tungguuuuuuu...

Thursday 8 December 2011

Apa Khabaq?(slang siam) Di doakan semuanya sihat sentiasa.
Selamat berkenalan saya ucapkan.Semoga perkenalan ini menjadi akrab dan sentiassa diredhai oleh Allah.

Adat Melaka jangan dilupa....Pantun diukir pemula bicara.

Terbang tinggi si rama rama,
Terbanglah si cantik dengan selamat,
Hajat memberi manafaat bersama,
Bergaya dapat,wang pun jimat.

Dengan adanya blog KAIN TERBAIK VIETNAM ini, Insya Allah dapatlah tuan puan berbelanja di alam maya dengan selamat dan saya jamin ianya adalah lebih murah dari apa yang dijual di pasaran luar.Bukanlah untuk merosakkan perniagaan orang lain,tetapi saya berpegang pada pepatah...

"Saya ingin membantu mereka yang ingin menyarung kain kain berkualiti tinggi di badan dan dalam masa yang sama dapat berjimat dan menggunakan wang yang dapat dijimatkan tadi untuk membeli barang yang lain".Itu pepatah yang saya dan isteri tercinta pegang dalam menjalankan urusan perniagaan kain vietnam di alam maya ini.

Saya dan isteri telah pergi ke Vietnam dan memilih kain kain yang baik dengan pelbagai corak yang menarik dan kami tawar menawar dengan harga yang paling murah disana.Kami buat demikian supaya kami dapat menjual kain kain tersebut dengan harga yang paling murah,insya Allah.

Tuan Puan boleh e mail kami di jombelikain@yahoo.com dan Insya Allah saya akan reply e mail tuan puan.

Sekian terima kasih,Salam ukhwah perkenalan